Thursday, September 19, 2024

TOLONG MENOLONG

Sikap tolong menolong dalam agama Islam sangat digalakkan, kerana mustahil untuk manusia hidup seorang diri tanpa bantuan sekeliling. Oleh itu hendaklah kita ringan tangan.

“….Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”. 

[Al Ma”idah:2]

 “Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR. Muslim no. 2699)


MENOLAK MENGHULUR PERTOLONGAN ATAS NAMA ALLAH ? 

Kadang-kadang Tuhan hantarkan makhluk-makhluknya yang dalam kesusahan meminta tolong samada berbentuk sokongan, material, pendapat dan sebagainya. Tetapi jawapan baik yang selalu diberi "Tuhan ada janganlah bimbang, Tuhan pasti menolongmu, bertawakkal lah kepada Allah".

Benar menolak, orang yang meminta-minta dengan perkataan yang baik itu adalah satu kebaikkan. Tetapi jika kita dapat menghulur pertolongan itu lebih baik. 

Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

 (Al-Baqarah 2:263)

Sikap menolak menghulur pertolongan sedangkan kita mampu untuk menolong orang dalam kesusahan , ditempelak Tuhan dalam firman Nya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman : " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". 

(Yaa Siin 36:47)

No comments:

Post a Comment

ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...