Thursday, September 19, 2024

ELAK DITIMPA AZAB

Ingatlah pada hari Azab yang pedih menimpa, neraka yang penuh azab seksa, tidak hidup dan tidak mati didalamnya, yang hanya menimpa orang-orang kafir, zalim lagi banyak dosa. Pada hari itu tiada pertolongan. Oleh itu, PELUANG TERAKHIR sebelum kita bertemu hari itu, marilah kita semua menyucikan diri dari dosa dan memperbaharui iman (syahadah) yang telah berkarat.

Kita melihat Kiamat itu jauh, mungkin ia telah sangat dekat. Oleh itu disana ada Perniagaan yang dapat menyelamat dari azab pedih dan mendapat pertolongan dari ALLAH dan mendapat kemenangan yang cepat iaitu

• Beriman kepada ALLAH dan Rasul Nya, ALLAH tuhan yang maha Esa

• Menyembah ALLAH dengan Ikhlas dalam mentaatinya

• Menegakkan agama ALLAH dengan harta dan diri

• Memberi makan pada hari terjadi kelaparan kepada anak yatim, kaum kerabat dan fakir miskin

• Menginfakkan harta, menunaikan zakat

• Jangan mengherdik anak yatim dan orang yang meminta minta

• Berpesan untuk BERIMAN

• Berpesan untuk BERSABAR

• Berpesan untuk BERKASIH SAYANG


Perhalusi setiap satu, dan rancang bagaimana kita dapat melaksanakan nya. Moga moga ALLAH melimpahi rahmat Nya, Mengampunkan dosa, dan memelihara kita dari azab azab neraka.

No comments:

Post a Comment

ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...