Thursday, September 19, 2024

HENTIKAN KEBENCIAN AGAMA

THE POWER OF 'LOVE'

Manusia ini asalnya satu rumpun kita semua datang dari Adam. Namun, hati kita terpecah belah kerana rasa bangga dengan apa yang kita ada. Kita menyebar kebencian antara agama, padahal ALLAH berfirman "Saling Berpesan untuk Berkasih Sayang".

Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

 (Al-Balad 90:17)

Agama Allah itu satu, tetapi terpecah belah, kerana kita bangga dengan kaum kita, aliran kita dan sebagainya. Lihatlah orang-orang berdiri di atas pentas melontarkan kebencian satu sama lain. Yahudi membenci Islam, Islam membenci Kristian dan sebagainya. Sedangkan samada Taurat, Injil mahupun Al-Quran berasal dari Allah.

Bermaksud samada Yahudi, Kristian mahupun Islam adalah agama samawi yang berasal dari Allah Tauhid yang sama iaitu Beriman kepada Allah yang Maha Esa, melakukan kebaikkan dan beriman dengan kitab dan cara hidup ini dipanggil Islam.

Oleh itu Agama Allah itu satu sejak dulu, para pengikutlah yang mencipta aliran-aliran yang memecah belah. Yahudi bangga dengan dirinya, lalu menamakan agama Allah, yahudi hanya untuk orang yahudi. Agama Islam itu kerana dikembangkan Imam Shafiee, Hanafi maka mereka terpecah belah dengan nama mazhab yang bermacam-macam oleh para pengikutnya. Padahal hal pokoknya sama, Kami Beriman kepada ALLAH yang maha Esa.

DALIL PERPECAHAN DALAM AGAMA

Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan.

 (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4596)

Inilah agama kamu semua agama yang satu dan Aku (ALLAH) adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku (ALLAH) (92). Dan mereka telah membahagi-bahagikan urusan mereka sesama mereka. Kepada Kami setiap pihak akan kembali. 

(Al Anbiya 93)

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. 

(Ali Imran:83)

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. 

(QS. Al-Baqarah: 62)

Oleh itu janganlah kita membenci satu sama lain, padahal kita hanya disuruh Beriman kepada Allah yang maha Esa, mengerjakan kebaikkan, melakukan ibadah dengan ikhlas kepada Allah, mengikut ajaran agama dan saling berpesan dengan kasih sayang yang terdapat Al-Kitab.


No comments:

Post a Comment

ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...