Thursday, September 19, 2024

MEMBERI PINJAMAN

Jika yang datang meminjam untuk tujuan ketamakkan, sedangkan hidupnya baik, usah lah meminjam. Suruh lah dia bersabar dan mendaki tingkat demi tingkat kepada cita-cita dunianya itu. Jika anda bersungguh-sungguh ingin membantu, buatlah perjanjian bertulis, jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, cara bayaran dengan dua saksi.

Jika yang datang meminjam sememangnya orang yang dalam kesusahan, berilah pinjam dengan niat sedekah. Andai dia mampu bayarkan itu adalah satu kebaikkan, jika dia tidak mampu telah pun dihalalkan. Jika yang datang meminjam untuk tujuan akhirat (jihad fisabilillah), berilah dengan ikhlas sebagai pelaburan untuk hari akhirat anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...