Thursday, September 19, 2024

SELAWAT KE ATAS PARA NABI DAN RASUL

Para rasul dan para nabi adalah utusan Allah yang mulia, dalam menegakkan agama Allah dengan menyampaikan perutusanNya. Mereka adalah para pejuang dijalan Allah demi menyampaikan kebenaran. Kerana mereka kita mengenal Allah sebagai Tuhan. Kerana mereka kita dapat membaca kitab-kitab. Oleh itu sebagai hamba Allah yang bersyukur marilah kita berterima kasih dengan mengucapkan Selawat dan Salam kepada seluruh para Nabi dan para Rasul. Berikut adalah contoh ucapan Selawat dari Al-Quran:


Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi salam penghormatan dan kebaikan) kepada para Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Al-Ahzaab 33:56)

 


Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.

(As-Saaffaat 37:181)

No comments:

Post a Comment

ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...