Thursday, September 19, 2024

TUTUPLAH PINTU-PINTU SYAITAN

Syaitan diciptakan untuk membezakan antara orang-orang kafir dan orang beriman. Lalu didatangkan bisikkan-bisikkan kejahatan kepada manusia. Sesiapa yang memakan buah bisikkan kejahatan dari syaitan itu, maka jadilah dia orang- orang yang menzalimi diri sendiri.


PINTU-PINTU SYAITAN

Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

(An-Naml 27:24) 

Matahari simbol kepada kemurahan rezeki,  kemakmuran, kekayaan, kesenangan, kebesaran dan sebagainya. Mereka menyembah matahari iaitu mereka menyembah material , contohnya mengejar kekayaan, kuasa, nama dan pangkat. Melakukan ibadah, tetapi hanyalah sebagai dagangan. Contohnya solat dhuha, niat sebenarnya hanyalah untuk dimurahkan rezeki.

Syaitan memperelokkan perbuatan mensyirikkan Allah dengan buah- buah bisikkan jahat dan janji-janji dunia seperti... "Kalau aku kaya", "Kalau aku berkuasa", "Bacalah mantera ini untuk manfaat itu dan ini" dan ada yang benar-benar meyembah matahari. Oleh itu mereka ini pertama, sememangnya kafir kepada ALLAH, kedua mereka beribadah dalam keadaan menyekutukan ALLAH.


PINTU-PINTU SYAITAN

Oleh itu tutup lah pintu-pintu syaitan  dari membiarkan bisikkan-bisikkan jahat itu masuk kedalam diri manusia. 

1) Pertama mendindingkan diri dari dihasut syaitan dengan mengasuh sikap ikhlas dan tawakkal kepada Allah

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. 

(Al-Nahl 16:99) 

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. 

 (Al-Nahl 16:98)

2) Kedua jadikan tujuan hidup ini dan segala gerak kerja dan ibadah hanyalah kerana Allah. Jika disebabkan hal-hal yang lain maka dia menjadikan syaitan dan hawa nafsunya sebagai Tuhan.

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.  

(Al-Nahl 16:100) 

3) Ketiga, tentanglah bisikkan-bisikkan  kejahatan itu dengan kata-kata yang berbekas, buang buah-buah fikiran syaitan itu jauh-jauh, jangan mudah terhasut. 

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Mujaadalah 58:19)

4) Ke empat, janganlah engkau duduk memikirkan tentang prasangka, hasutan mahupun buah fikiran dari syaitan. Dan janganlah engkau berteman dengan puak-puak syaitan iaitu manusia mahupun jin yang membicarakan hal-hal kejahatan, kebinasaan, mengeji menghina. Tinggal lah mereka. Carilah teman-teman yang baik. Akhlak seseorang itu dipengaruhi oleh akhlak temannya.

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). 

(Al-An'aam 6:68) 

5) Kelima, gunalah perkataan-perkataan yang amat baik apabila bercakap sesama makhluk secara berhadapan mahupun dalam bentuk tulisan. Kerana perkataan buruk membangkitkan hal yang buruk. Saling berpesan dan menasihati dengan kasih sayang.

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik; sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (Al-Israa' 17:53)

6) Ke Enam, berdoalah memohon perlindungan kepada ALLAH dari hasutan syaitan.  Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. (Al-Mu'minuun 23:97)

7) Ke Tujuh, jika engkau melihat temanmu sedang kebingungan atau dirasuk syaitan. Maka berilah nasihat dan petunjuk baginya untuk mengeluarkan dia dari pengaruh syaitan.

Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 

(Al-An'aam 6:71)

8) Ke Lapan, Hindarilah sikap-sikap tidak baik ini 1) Angkuh, sombong, riyak dan bangga diri 2) Tamak dan Rakus, 3) Kedekut dan Bakhil, 3) Suka jawatan dan kekuasaan, 4) Gundah gulana dan Was-was, 5) Kesedihan 6) Angan-angan yang panjang 7) Menurut hawa nafsu dan keseronokkan.

PILIH PERKARA PENTING DAN TIDAK PENTING

Kita diajar untuk sentiasa melakukan yang Terbaik dalam apa sahaja. Apakah benar? Kita sebenarnya hanya perlu melakukan hal terbaik dalam yang perlu dan penting sahaja. Dan usah dilalaikan oleh perkara-perkara tidak penting

Jika semua perkara harus dilakukan dengan cara terbaik, kita bisa penat, hilang tenaga, akhirnya semua perkara tidak ke mana mana. Apakah perkara yang penting itu?  Contoh, yang wajib itu solat 5 waktu dan diawal waktu. Yang ini apa sahaja kerja kita tinggalkan apabila mendengar azan, lansung ke masjid solat berjemaah. Menonton tv itu tidak penting, mengapa perlu saya duduk berteleku sehabis baik berjam-jam lamanya menonton tv.

Kebanyakkan orang tidak jelas apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan.  Kita tidak bisa menang disemua pertempuran, Oleh itu pilihlah pertempuran yang membawa pertempuran menuju kemenangan hari Akhirat itu yang terbaik. Hendaklah, setiap insan bertanya kepada dirinya, Tujuan apa aku hidup didunia. Dari Tujuan itu dia dapat merancang dan mengambil tindakkan yang penting dan berkaitan bagi merealisasikan impian.

Ini seni membangunkan hidup yang jelas tujuannya. Jika kita tidak fokus kepada perkara yang perlu dan penting sahaja, hidup seluas mungkin, kita menarik masalah yang banyak kedalam hidup. Dengan ahli masjid kita berteman, kaki lepak kedai kita berkawan, kumpulan makcik bawang menjadi ahli. Berapa banyak masalah perlu difikirkan. Tidak salah bertegur sapa berkenalan dengan semua orang, tetapi yang dipanggil sahabat atau orang dilingkungan kita itu biarlah yang membawa rahmat.

PERTOLONGAN ALLAH

Sudahkah kita  memenuhi syarat untuk menjadi hamba yang mendapatkan pertolongan Allah? “(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscya mereka mendirikan sholat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Al Hajj 22: 41).


DALIL PERTOLONGAN ALLAH

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al-Baqarah 2:45) 

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

(Al-Baqarah 2:107) 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan  dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153)

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

(Al-Anfaal 8:62)

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 (A-li'Imraan 3:126)

Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.

(Al-Anfaal 8:26) 

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

(Al-Nahl 16:53) 

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

(Al-Nahl 16:127)


Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

(Al-Kahfi 18:44)

(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 

(Al-Hajj 22:61)

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-'Ankabuut 29:69)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

(Fussilat 41:49)

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

(Al-Fat-h 48:3)

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

(As-Saff 61:13) 

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), 

(An-Nasr 110:1) 


PERIBADI CEMERLANG

16 CIRI PERIBADI CEMERLANG:

  1.  Menjadi orang yang berwibawa itu  memerlukan karakter dan kepribadian yang baik. Mereka bukan sahaja disenangi orang sekeliling, malah auranya menjadi magnet yang menarik kebaikkan. Apakah karakter tersebut;
  2. Orang yang mengenal Tuhan Nya. Mengenal dirinya sebagai hamba. Orang yang dekat dengan Tuhan Nya, damai, tenang dan tenteram hidupnya.
  3. Orang yang sopan santun, merendah diri. Dan apabila bertemu mengucapkan salam.
  4. Menuturkan kata-kata yang baik, teratur dan tidak tergesa gesa. Bercakap mengikut keperluan. Dan perbualannya mengandungi nasihat baik.
  5. Orang yang baik hatinya mempunyai belas ihsan, simpati dan kasih sayang sesama insan.
  6. Tangannya ringan menghulur pertolongan, terutama kepada mereka yang lemah dan orang tua.
  7. Orangnya Tulus, benar, Jujur dan Amanah.
  8. Orangnya dilihat sentiasa bersemangat dan penuh bertenaga. Rajin
  9. Sentiasa berfikiran positif
  10. Mudah memaafkan kesalahan orang lain, dan mampu menahan kemarahan.
  11. Orang yang jelas tujuan hidup dan bekerja keras berusaha mencapai impiannya
  12. Orang yang bersabar dengan kesabaran yang baik.
  13. Orang yang bersyukur dan menghargai jasa baik orang lain terhadapnya dengan dengan memberi ucapan terima kasih dan  Penghargaan
  14. Orang yang pandai menjaga penampilannya, dan kesihatan. Menghargai diri sendiri
  15. Orang yang berdisiplin dan tidak suka bertangguh
  16. Orang yang mampu mencetus inspirasi dan mentranformasi bangsa menjadi lebih baik

NABI IBRAHIM AS IMAM SEKALIAN MANUSIA

Memandangkan kita di era menunggu kedatangan seorang sosok terkemuka Al Mahdi, oleh itu marilah kita memahami satu-satunya rasul Allah yang dijadikan Imam kepada Manusia yang disebut dengan jelas dalam Al Quran iaitu Nabi Ibrahim as.

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah, maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."  (Al-Baqarah 2:124) 

Apabila Allah mengutuskan seseorang Nabi kepada sesuatu kaum, maka dia adalah seorang Lelaki. Nabi Ibrahim as terkenal sebagai seorang diri, dan Allah jadikan dia imam kepada umat manusia. Dia dikatakan sebagai Nabi yang paling hampir dengan Nabi Muhammad saw. Apakah maksudnya paling hampir  itu ? Apakah dia didatangkan untuk menjadi imam setelah, tamatnya kenabian.

Sesungguhnya orang-orang yang paling hampir kepada Nabi Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman . Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. 

(A-li'Imraan 3:68) 


TEMPAT NABI IBRAHIM, HAZAL BALADIL AMIN

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".  

(Al-Baqarah 2:126) 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri ini  negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. 

(Ibrahim 14:35)


AGAMA IBRAHIM

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik. (Al-Nahl 16:123)

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). 

(Al-Baqarah 2:130) 

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". 

(Al-Baqarah 2:135)


KETEGUHAN IMAN NABI IBRAHIM

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. 

(Al-Baqarah 2:258)

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.  

(A-li'Imraan 3:67)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.  (A-li'Imraan 3:95) 


IMAM MANUSIA, NABI IBRAHIM AS SEORANG DIRI

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. 

(Al-Nahl 16:120)

Jelas dari ayat ini, Nabi Ibrahim as tidak mempunyai pengikut walaupun dia diangkat Allah sebagai imam manusia. Dan Allah menjadikan kekuatan dirinya seolah olah satu umat. Pernahkah anda fikir kenapa? Adakah dia datang tidak seperti dalam kontek pemahaman yang difahami dan diterima manusia yang menganggap pendapat mereka paling benar. 


MANUSIA KAUM YANG UMMI

Kedua dua ibu-bapa manusia telah dikeluarkan dari jannah. Apakah jannah? Menjadikan manusia anak-anak yatim yang ummi. Mereka tidak mempunyai pengetahuan, penglihatan, pendengaran mahupun hati nurani tentang alam ini, semesta dan hakikat ghaib. Sebahagian kebenaran disimpan. Manusia hidup tanpa pengetahuan yang benar.

Lalu Allah memanggil Ibrahim as, menjadi Imam manusia (suri teladan) untuk diangkat ke Jannah, sebagai keadilan untuk manusia. Dalam Al Quran menyebut, kami menunjukkan kebesaran dan kekuasaan langit dan bumi kepada Ibrahim as. Namun apa kebenaran yang sampai kepadanya, jauh dari aliran fahaman manusia yang telah diprogramkan oleh musuh-musuh manusia. Hitam menjadi putih, Putih menjadi Hitam. Oleh itu, dia tidak diikuti.

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai. 

(Al-Nahl 16:108) 


NABI IBRAHIM ADALAH ORANG YANG MELIHAT KEKUASAAN ALLAH DILANGIT DAN BUMI

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.  (Al-An'aam 6:75) 


PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

Pada akhir zaman, Allah memanggil Nabi Ibrahim as untuk menyerah diri bulat-bulat kepada Nya. Tunduk patuh kepada Tuhan sekalian alam.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-Baqarah 2:131)


WASIAT NABI IBRAHIM

Nabi Ibrahim adalah seorang muslim dan dia mewasiatkan agama Islam kepada manusia.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 

(Al-Baqarah 2:132)


KELEBIHAN NABI IBRAHIM

Menyeru yang telah mati bangkit pada kehidupan semula.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

(Al-Baqarah 2:260)


NABI IBRAHIM KESAYANGAN ALLAH

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (An-Nisaa' 4:125)


MAKAM IBRAHIM

Dimanakah makam Ibrahim. Dan bagaimana untuk masuk bersama orang orang beriman yang bersamanya?

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 

(A-li'Imraan 3:97) 


ISTIFAR NABI IBRAHIM UNTUK BAPANYA

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. 

(At-Taubah 9:114) 


SIKAP NABI IBRAHIM

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.  (Hud 11:75)

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.  

(Maryam 19:41)

(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)". 

(Al-Anbiyaa' 21:60)

Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?   

(Asy-Syu'araa' 26:75)

Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. 

(Al-Mumtahanah 60:6)


SIKAP KAUM NABI IBRAHIM

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk) 

 (Al-'Ankabuut 29:16)

Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras): "Bunuhlah dia atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman. 

(Al-'Ankabuut 29:24)

Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): "Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". 

(Al-'Ankabuut 29:25)

Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). 

(As-Saaffaat 37:9)

MUSUH DAN SAHABAT

Musuh hanyalah sahabat yang belum jadi. Jika dia memusuhi kita, sedangkan kita tidak memusuhinya, itu bukan Musuh. Biasa, orang yang memusuhi kita bisa menjadi sahabat paling setia, seperti Saidina Umar Al-Khattab saat sebelum dan sesudah memeluk islam. Boleh jadi orang yang kita cintai, sayangi pula, menjadi musuh paling kuat. Oleh itu janganlah terlalu membenci atau terlebih mencintai.

Hidup sederhana santai sahaja, yang penting jangan kita membuat musuh. Jika dengan bersahabat membawa lebih banyak kebaikkan tidak perlu bermusuh. Mungkin ada perasaan kurang enak, kita jarakkan sahaja agar kurang bertembung. Musuh orang beriman itu hanyalah orang-orang kafir dan munafik yang memerangi mereka. Selain itu, anggaplah saudara seiman yang belum sefaham.

Kita punya sahabat, kerana kita menganggap seseorang itu sebagai sahabat. Kita tidak bersahabat dengan semua orang, tetapi kita bertegur sapa dan berkenalan dengan ramai orang. 

Untuk menjadi sahabat yang baik, hendaklah kita menjadi seorang yang pengasih dan penyayang. Pertolongan Allah biasanya mudah bagi orang yang hatinya penuh kasih sayang. Dia selalu mendoakan kebaikkan orang lain dan mudah menghulur pertolongan.

Pilih linkungan sahabat yang menjadi rahmat. Bersama mereka kita mendengar perkataan-perkataan  yang baik, saling nasihat menasihati dengan kasih sayang, saling menghormati. Paling penting membawa kita dekat dengan Tuhan.

MENUNTUT ILMU DAN JENIS ILMU

Biasanya orang-orang gemar menjaga luaran, lembut tuturnya, baik perilakunya, tidak sombong sehingga kita tertarik padanya. Alhamdulillah bagus contoh akhlak tersebut. Tetapi, sebahagiannya hanya lah kayu yang tersandar, kukuh diluar, dalam mereput menunggu roboh. Mengapa luaran dan dalaman nya tidak sama.

Hidup kita, dalaman seperti Fikiran diotak dan Bisikkan dihati jika tidak dikelola bisa merosakkan jiwa dan peribadi, bagai binatang liar, atau siluman, siang terang menjadi orang apabila gelap malam menjadi hantu. Ya, kerana merasa Fikiran dan Bisikkan itu rahsia, tiada siapa yang tahu, tertutup rapat dalam diri sendiri. Hakikatnya Tuhan maha mendengar dan hal-hal tidak baik yang difikirkan dan dibisikkan membentuk peribadi, bagai nanah yang memakan dari dalam.

Oleh itu, merendah diri secara luaran itu bisa dipraktikkan, mudah. Manusia semuanya pelakon. Topeng itu mudah ditukar. Namun untuk menjadikan ia darah kehidupan, baik dalaman dan luarannya. Sebagaimana kita berusaha menjaga tutur kata, dan tingkah laku begitulah juga kita perlu menjaga bisikkan hati dan fikiran di akal. Membersihkan diri dari dosa-dosa bathin.

Apabila mendengar bisikkan meninggi diri berbaur kesombongan atau apa saja sikap yang jelik dari dalam. Maka lawanlah fikiran dan bisikkan itu semula dengan merendahkan diri. Siapa kita untuk merasa diri mulia atau merasa aku lebih baik? Sentiasa merasakan semua orang lebih baik. 

Aku bukan sesiapa. Dahulu lahir tidak kenal apa-apa. Dan jika bukan kerana pengorbanan ibu bapa yang sudi membesarkan kita dan doa mereka supaya kita jadi orang berjaya. Kita bukan siapa siapa. Apa yang kita miliki , hanyalah barang yang dipinjamkan Allah. Entah entah orang yang kita hakimi senyap-senyap dihati itu lebih baik akhlaknya, tinggi ilmunya dan  baik kedudukkannya disisi Tuhan. 

Lalu apa yang membuatkan kita merasa tinggi. Hakikatnya kita cuma dibawah, sama dengan tanah. Yang membolehkan kita berdiri, apatah lagi mampu berjalan, berlari dengan kuat, hasil Ehsan pengorbanan orang sekeliling. 

Jangan merasa diri baik, kerana diatas orang yang baik itu ada orang yang lebih baik. Dan setiap kebaikkan itu hakikatnya milik Allah. Semakin kita ikhlas menerima, hakikatnya kita ini dihebatkan oleh Tuhan, kualiti hidup bertambah. Hati makin merendah insyaallah.

Siapa pun kita usah bercerita. Atau membiarkan orang mempopularkan tentang kita dikhalayak ramai. Kerana boleh menyebabkan rasa bangga diri, antara membuka pintu kesombongan. Hanya nyatakan siapa kita kepada situasi yang perlu. Contoh mengisi borang mohon kerja. Atau kita menasihati orang dalam bidang kepakaran kita. 

Berpakaian sederhana lah, kerana orang suka melihat yang bagus-bagus, dan pandangan mereka boleh membangkitkan rasa bagga diri. Menyembunyikan diri dalam masyarakat,dilihat seperti orang kebanyakkan, tidak diketahui orang demi memelihara agama. Jadilah manusia yang tidak terangkat dipuji, tidak jatuh dikeji, hanya murka Allah yang ditakuti.


ZAKAT

Zakat tergolong kepada dua jenis 1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah 2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda...